BERITA & PERISTIWA

Buah-buahan Segar di Taiwan

Taiwan merupakan alam buah yang diberkati dengan iklim sederhana dan cuaca yang sesuai untuk pertumbuhan pelbagai buah yang enak. Sebenarnya, sepanjang tahun, sekurang-kurangnya sejenis atau lebih buah dapat dijumpai setiap bulan. Petik dan makan, itulah cara terbaik bagi pelancong untuk menikmati buah segar Taiwan.

Berikut adalah beberapa cadangan buah yang mesti dicuba dan senarai ladang untuk setiap buah.

1. Buah Nona

Buah nona juga dikenali “Buah Kepala Buddha” kerana bentuk buah nona yang masak mirip dengan Buddha. Isi buah nona berwarna putih susu dengan rasa yang pekat dan halus, manis dan sedikit masam serta beraroma kuat. Jadi, buah nona sesuai untuk dijadikan makanan dan minuman segar.

Musim: Ogos – Mac Tahun Berikut

Senarai Ladang:

  • Taitung – Hutan Kelapa Chulu, Ladang Bunga Malatan, Buah Nona A-Yang Taitung, Kebun Spring Breezing
  • Tainan – Ladang Shih-Yuan

2. Nanas

Nanas ialah buah kegemaran orang Taiwan yang berikutnya. Cubalah jenis yang berbeza dan rasakan perbezaannya. “Nanas Golden Diamond” paling disyorkan kerana isinya sangat halus, manis serta rasanya segar dan harum.

Musim: Sepanjang tahun

Senarai Ladang:

  • Yilan – Destinasi Pelancongan Nanas Er-Hu
  • Kaohsiung – Sunshine Fruit
  • Pingtung – Ladang Rekreasi Organik Hom Chi, Ladang Ekologi Ming-Chuan
  • Hualien – Persatuan Pembangunan Komuniti Fushin

3. Mangga

Selain jambu air dan nanas, MANGGA juga buah kebanggaan Taiwan! Terdapat pelbagai jenis mangga di Taiwan dengan rasa yang berbeza. Mangga Aiwen ialah jenis mangga yang paling terkenal. Mangga Aiwen sangat terkenal dengan kulit merah, isinya yang berwarna ijas dan berair. Penduduk tempatan biasanya menggunakan mangga Aiwen untuk membuat ais serut mangga.

Musim: Mei – Sep

Senarai Ladang:

  • Taichung – Ladang Pelancongan Dongfang, Kebun Shinhe
  • Tainan – Kebun Xiao Chong,  Miwango, Kebun Mangga Tian Squad, Ladang Rekreasi Da Keng

4. Limau Kumkuat

Limau kumkuat secara rasminya dikenali sebagai “tangerin emas”. Kedua-dua isi dan kulitnya boleh dimakan dan rasanya pahit manis. Buah ini bermanfaat untuk melegakan tekak, menghilangkan dahaga dan memudahkan pencernaan.

Musim: Dis – Feb Tahun Berikut

Senarai Ladang:

  • Yilan – Ladang Da Jieu Shi, Kebun Changli, Kebun Organik Jujube, Kebun Jinpu, Kebun Pelancongan Limau Kumkuat Yi-Fu
  • Changhua – Ladang Rekreasi Ekologi Jianmen

5. Loquat

Loquat ialah buah yang rasanya manis dan masam, isinya lembut dan berair. Loquat bermanfaat untuk menghilangkan kahak dan melegakan batuk, meningkatkan pengaliran cecair tubuh dan menguatkan paru-paru, menghilangkan panas dan mencergaskan perut.

Musim: Mac – Apr

Senarai Ladang:

  • Miaoli – Ladang Strawberi di Lereng Bukit
  • Taichung – Ladang Xinfeng, Kebun Shinhe, Perkampungan Liquor Qu He